Saturday, 17 March 2018

AKTIVITI MEMPROSES BAJA KOMPOS


(16 MAC 2018: INANAM) : Aktiviti memproses baja kompos telah dijalankan oleh unit SERASI SK Inanam Laut.


Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.

Cara membuat
  1. Menggunakan pasu/kotak/bekas/tong.
Isi bhg bawah tong dgn tanah, sekitar 2 inci. Kemudian masukkan sisa dapur/ makanan kedalamnya. Selang selikan susunan bahan basah dan bahan kering dlm tong dgn tanah, gula merah, tahi ayam dan bahagian atas sekali adalah tanah. Siram dgn air biasa atau air beras. Tak boleh terlampau basah, jika terlampau basah, campurkan tanah atau cocopeat. Tong tidak perlu ditutup, kerana proses pereputan lebih cepat berlaku bila ada udara. Namun begitu, ada juga kompos jenis ini dibuat dalam tong bertutup, tapi ditebuk lubang2 di dinding dan lantai tong.
Boleh siap dalam jangkamasa 6 hingga 8 minggu.

No comments:

Post a Comment