Wednesday, 28 March 2018

KEMPEN 1MURID 1PASU


(28 MAC 2018: INANAM) : Kempen "1Murid 1Pasu" telah dilancarkan oleh Unit SERASI SK Inanam Laut dalam usaha menanam kesedaran mencintai alam sekitar dan memperindahkan lagi kawasan persekitran sekolah.
Kerjasama dan sokongan dari ibu bapa/ waris penjaga murid amatlah diharapkan agar keceriaan dan keindahan sekolah SK Inanam Laut terus bertambah baik.

Kempen untuk murid-murid sesi pagi oleh Penyelaras SERASI SK Inanam Laut
Kempen untuk murid-murid sesi petangoleh PK Petang...

Thursday, 22 March 2018

OPERASI TANAMAN BANDAR UNTUK SERASI.

Puan Latipah (kiri) dan puan Siti Hadizah (kanan) menunjukkan cara menanam yang betul..
(21 MAC 2018:INANAM) : Unit SERASI SKIL hari ini (Rabu) membuat aktiviti "Operasi Tanaman Bandar" untuk SERASI SK Inanam Laut.

"Mesti guna ini jarum..." kata puan Siti Hadizah.

"Begini caranya memegang anak pokok..." kata puan Nooraimah.
 Taniah kepada Penyelaras SERASI SKIL, puan Latipah, dan guru-guru yang sudi meluangkan masa berharga untuk Program SERASI SKIL.


LAWATAN ZIARAH ILMU SERASI KE SK LOK YUK INANAM

(22  MAC 2018: KOTA KINABALU): Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) telah melakukan "Lawatan Ziarah Ilmu SERASI"  ke Sekolah Mentor  SK Lok Yuk Inanam. Lawatan yang diketuai oleh guru besar Puan Noorainnie Abdulah bertujuan untuk mempelajari pengindahan persekitran sekolah, sempena program SERASI SKIL.




 Terima kasih guru besar SK Lok Yuk Inanam, puan Elizabeth Lok  kerana sudi menerima kunjungan kami ke sekolah puan.

Tuesday, 20 March 2018

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT SERASI KE SK GENTISAN




(20 MAC 2018: KOTA KINABALU): Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) telah melakukan "Lawatan Penanda Aras" ke SK Gentisan Kota Kinabalu. Lawatan yang diketuai oleh guru besar Puan Noorainnie Abdulah bertujuan untuk mempelajari pengindahan persekitran sekolah, sempena program SERASI SKIL.



Taniah unit SERASI SKIL untuk lawatan pertama tahun ini. Semoga banyak ilmu yang dapat dipelajari untuk diimplementasikan di sekolah nanti.


Terima kasih guru besar SK Gentisan Puan Hjh. Tamina Binti Rasnih kerana sudi menerima kunjungan kami ke sekolah puan.

AKTIVITI MENANAM POKOK HERBA

(19 MAC 2018: INANAM) : Aktiviti Unit SERASI hari ini adalah menanam pokok-pokok herba di taman herba SK Inanam Laut. Beberapa orang guru SKIL telah turun padang mengorbankan masa cuti sekolah demi untuk keceriaan sekolah.

 Taniah guru-guru SKIL yang sudi meluangkan masa membantu mengindahkan dan menghijaukan kawasan persekitran sekolah.



Saturday, 17 March 2018

AKTIVITI MEMPROSES BAJA KOMPOS


(16 MAC 2018: INANAM) : Aktiviti memproses baja kompos telah dijalankan oleh unit SERASI SK Inanam Laut.


Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.

Cara membuat
  1. Menggunakan pasu/kotak/bekas/tong.
Isi bhg bawah tong dgn tanah, sekitar 2 inci. Kemudian masukkan sisa dapur/ makanan kedalamnya. Selang selikan susunan bahan basah dan bahan kering dlm tong dgn tanah, gula merah, tahi ayam dan bahagian atas sekali adalah tanah. Siram dgn air biasa atau air beras. Tak boleh terlampau basah, jika terlampau basah, campurkan tanah atau cocopeat. Tong tidak perlu ditutup, kerana proses pereputan lebih cepat berlaku bila ada udara. Namun begitu, ada juga kompos jenis ini dibuat dalam tong bertutup, tapi ditebuk lubang2 di dinding dan lantai tong.
Boleh siap dalam jangkamasa 6 hingga 8 minggu.

Sunday, 4 March 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SERASI SKIL 2018


(02 MAC 2018: SK INANAM LAUT): Majlis Pelancaran Program SERASI peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Encik Marino Ahmad (Mantan) CDO Karambunai yang mewakili Datuk Jumat Idris.


Encik  Marino menanam pokok simbolik untuk penghijauan bumi.

Ucapan alu-aluan oleh puan Noorannie Abdullah, guru besar SK Inanam Laut.

Murid-murid mendengar ceramah alam sekitar.