Tuesday, 16 January 2018

APA ITU SERASI?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menghargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.


Objektif

  1. -Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
  2. -Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  3. -Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  4. -Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

 

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?

  • Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.

Konsep SERASI

  • 1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
  • 2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-kurikulum.
  • 3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
  • 4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.
Kumpulan sasaran SERASI
  • -Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • -Sekolah Menengah Agama Negeri.
  • -Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
  • -Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).

kredit:http://www.sabah.edu.my/serasi/serasi/serasi.html

No comments:

Post a Comment