Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua
sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena
sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini
merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum, kurikulum
dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama
keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan
kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar
untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menghargai alam sekitar
pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan
pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah
kehidupan lestari.
Objektif
- -Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
- -Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di
kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
- -Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran
sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
- -Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.
Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?
- Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan
pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah
dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga
sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar
menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.
Konsep SERASI
- 1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
- 2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-kurikulum.
- 3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah
bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan
bukan kerajaan.
- 4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.
Kumpulan sasaran SERASI
- -Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
- -Sekolah Menengah Agama Negeri.
- -Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
- -Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).
kredit:http://www.sabah.edu.my/serasi/serasi/serasi.html